
Tindakan artis serba boleh, Alif Satar memuat naik sekeping swafoto bersama isterinya Shadila Halid di laman Instagram hari ini mengundang peminat dan pengikutnya bagi memberikan pelbagai komen.
Menurut artis berusia 31 tahun itu, tona kulitnya hampir sama cerah dengan isterinya selepas lama tidak melakukan aktiviti sukan di luar rumah yang terdedah kepada cahaya matahari.
Bila dah lama tak bike&run Putrajaya-KLIA ni, tona warna kulit iolls dah sama macam isteri.. caner ni?,” soal Alif atau nama penuhnya Muhammad Alif Mohd Satar.
Bagaimanapun, ada pula seorang individu meninggalkan komen kurang enak apabila menegur wajah isterinya yang berusia 36 tahun itu kerana melakukan aksi muncung ‘duck face’.
“Kenapa bini buat muncung macam itik.. Tak lawa,” tulis individu tersebut.
Jangan biadab
Mungkin dilihat agak keterlaluan, penyanyi lagu Cukup Indah itu membalas komen ringkas dengan meminta individu berkenaan jangan bersikap biadab.
Malah, warganet lain turut mengecam dan menegur individu terbabit supaya lebih baik berdiam diri sahaja sekiranya tiada perkara positif yang mahu disampaikan.
Kalau takde benda baik, tak payah komen
Tak baik makcik…
Bukan main cakap orang
Sekadar informasi, pasangan itu berkahwin pada 15 September 2014 dan dikurniakan Alisha Anugerah, Ariana Mecca dan Muhammad ‘Ali yang kini berusia hampir dua tahun.
Terdahulu, Alif Satar turut mengakui dia sering dihubungi banyak pihak yang meminta bantuan bagi meringankan bebanan yang ditanggung mereka sekarang.
Alif, 31, atau nama sebenar, Muhammad Alif Mohd Satar berkata, permintaan bantuan terbabit banyak diterimanya sejak arahan Perintah Kawalan Pergerakan pertama (PKP 1.0), tahun lalu.
“Tapi kadang-kadang hati kita pun tak tenang juga dan anggap mereka cuba menipu. Kalau nak bagi duit secara fizikal untuk sedekah, memang ada.
“Saya juga, tak lupa selalu bayar zakat di Pusat Pungutan Zakat (PPZ) sebagai cara membantu golongan yang memerlukan dan kurang bernasib baik.
“Ditambah, dengan keadaan Covid-19 sekarang, semua orang diuji dengan dugaan yang berbeza,” katanya.
Prihatin dengan situasi semasa, Alif mengakui dia juga serba salah untuk membuat perkongsian berkaitan makanan yang dianggap mewah di media sosialnya.
“Pada hal, saya sebenarnya nak buat ‘review’ untuk produk makanan sendiri. Sebagai peniaga, kenalah buat untuk promosi. Tapi, saya tak pasti pula siapa yang akan menonton video itu.
“Jadi biarlah apa yang saya buat di tepi (hulurkan sumbangan), urusan di antara saya dengan Tuhan. Orang nak cakap apa pun, biarlah.
“Mereka pun tak tahu apa-apa yang saya buat secara peribadi,” katanya yang ditemui ketika sidang media pelancaran muzik video single Lagu Raya Alif Satar and The Locos di ibu kota, baru-baru ini.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Instagram Alif Satar
Leave a Reply