Resepi Nasi Lemak Ayam Berempah

Resepi ni antara yang paling bes kalau pergi ke gerai untuk sarapan pagi. tetapi harganya tidaklah murah sangat lagi2 bila dengan keluarga, Jadi, jom kita cuba sendiri resepi ni.

Nasi Lemak Bahan-bahannya

  • 4 cawan beras biasa – dibasuhkan dan ditoskan
  • 2 cawan santan + 4 cawan air
  • 2 helai daun pandan – disiat dan disimpul
  • 1 inci halia – ditumbuk hingga pecah
  • Minyak masak 1 sudu besar
  • Garam dan gula secukup rasa

Kaedah

  1. Beras dibasuh bersih dan ditoskan.
  2. Gaul dengan garam,gula dan minyak masak. Ketepikan sebentar.
  3. Campurkan 2 cawan santan bersama air 4 cawan.
  4. Masakkan nasi menggunakan rice cooker seperti biasa.
  5. Selepas nasi masak, karih menggunakan senduk agar santan dan bahan-bahan sebati dan wangi.

Ayam Berempah Bahan Kisar

  • Halia
  • Lengkuas
  • Serai
  • Lada kering anggaran 5 batang (gunting dan rendam)
  • 1biji telur

Bahan kering

  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar rempah kari
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar serbuk jintan halus
  • 1 sudu besar serbuk jintan kasar
  • 1 sudu besar garam halus
  • Daun kari 2 pelepah
  • Kelapa parut
  • 1 ekor ayam saiz sederhana (potong 16)

Kaedah

  1. Bersihkan ayam dan tos.
  2. Perapkan ayam dengan semua bahan iaitu bahan kering dan bahan kisar.
  3. Goreng menggunakan minyak yang banyak.
  4. Goreng sehingga masak dan garing.
  5. Angkat dan toskan minyak.
  6. Sedia untuk dihidangkan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*