Resepi Apam Lenggang

Resepi apam lenggang ni resepi oghang utagha dan sangat sesuai dimakan sebagai sarapan pagi. Biasanya makan sekali dengan sambal atau kuah santan. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

A (Kisar)

  • Nasi 1 cawan
  • Air 1 ½ cawan

B

  • 1 ½ cawan tepung beras
  • ½ cawan tepung gandum
  • ½ cawan gula pasir
  • 1 sudu kecil yis
  • 1 cawan santan
  • 1 biji telur
  • Sedikit garam

Kaedah

  • Mula-mula kisarkan nasi dan air sehingga halus. Ketepikan.
  • Kemudian campurkan bahan B iaitu tepung,gula,yis,telur dan santan.
  • Kacau sebati, baru masukkan garam.
  • Kacau lagi agar sama rata.
  • Perapkan bancuhan sekurang-kurangnya 1 jam
  • Dalam kuali, sapukan minyak masak guna tisu.
  • Panaskan kuali dan ambil satu senduk kecil adunan.
  • Kemudian lenggang kan kuali agar adunan itu melebar.
  • Masak sehingga tepinya kuning.
  • Angkat dan terus gulung, tidak perlu terbalikkan ia.
  • Hidangkan susu manis atau sambal tumis mengikut selera anda.
  • Siap!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*