Resepi Ayam Geprek

Baru2 ni mesti ramai sudah mula mendengar Ayam Geprek ini kan? Saya sendiri masa mula mencuba memang sangat unik rasanya. Jadi apa lagi, mula la experiment di dapur bagaimana mahu buat masakan ni. Bagi Mereka yang tidak tahu, ayam geprek ini merupakan hidangan indonesia yang pedas namun sangat lah sedap. Cara membuat nya seperti beriukut;

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • 1 – 2 biji telur
  • Tepung serbaguna pedas
  • 2 sudu gula
  • 1 sudu garam
  • Jus limau nipis
  • 1 sudu kecil cuka

Bahan sambal geprek:

  • 6 biji cili merah besar
  • 4 biji cili hjau kecil
  • 2 biji cili merah kecil
  • 1½ biji bawang besar / bawang merah
  • 4 biji bawang putih
  • 1 biji limau nipis (ditumbuk)
  • Jus limau nipis

Cara-cara:

  1. Gaul ayam dengan 1-2 biji telur dan tepung serbaguna pedas. Gorengkan dalam api sederhana dan ketepikan.
  2. Goreng bahan sambal geprek menggunakan api yang panas selama 3 minit. Angkat dan toskan.
  3. Masukkan bahan yang digoreng tadi dalamm lesung batu dan tumbuk.
  4. Masukkan juga gula dan garam sambil menumbuk. Tumbuk separuh lumat.
  5. Masukkan jus limau nipis dan cuka.
  6. Masukkan minyak gorengan tadi sebanyak 1 – 1½ sudu.
  7. Masukkan serbuk perasa dan gaul rata.
  8. Boleh tuang ke atas ayam.
  9. Sedia untuk dihidang.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*