
Ayam masak lemak ni sememangnya juadah yang boleh buat terliur. Seronok untuk dimakan bersama sama keluarga. Mari la cuba;
Bahan bahan:
- 1 ekor ayam – potong 16 dengan kulit sekali
- 1 biji kelapa parut – asing santan pekat dan cair
- Garam
- 1 keping asam keping
- 1/2 helai daun kunyit – hiris halus
Bahan Tumbuk :
- 5 – 8 tangkai cili api kampung hijau
- 5 – 8 tangkai cili merah Pakistan
- 2 saiz ibu jari kunyit hidup
- 1 ulas bawang merah
Cara Penyediaan :
- Ayam diperap dengan garam dalam 30 minit hingga 1 jam. Tabur sedikit serbuk kunyit bagi tidak menjadikan ayam berwarna pucat.
- Sementara itu, bolehlah menumbuk bahan tumbuk dan sediakan bahan bahan lain.
- Bahan tumbuk dihiris halus supaya senang menjadi lumat.Masukkan ayam dalam periuk dan nyalakan api perlahan. Kacau sehingga kulit ayam nampak kering sedikit.
- Masukkan bahan tumbuk dan kacau rata rata bersama ayam hingga sebati. Kacau rata sehingga bahan tumbuk agak masak.
- Masukkan santan cair dan masak sehingga mendidih. Masukkan asam keping.
- Sebaik ayam empuk, masukkan daun kunyit yang dihiris halus.
- Kemudian tambah santan pekat. Selepas masuk santan pekat, masak dalam 6-8 minit sahaja.
- Tutup api dan terus dikacau.Kemudian buka api perlahan sahaja supaya kuah mendidih kecil supaya tiada buih buih dalam kuah. Sesuaikan rasa. Tambah garam, jika perlu.
Leave a Reply