
Resepi kali ini senang sahaja. Bendi pun tidak la susah dicari. Sekali dah cuba resepi ni mesti ingat sampai bila2 rasanya. Jom cuba;
Bahan A :
- 10 biji sayur bendi
- 5 biji cili merah | ditumbuk
- 3 biji bawang merah | ditumbuk
- 1 ulas bawang putih | ditumbuk
- 2 sudu besar udang kering
- Sedikit air
- Sedikit minyak untuk menumis
- Garam secukup rasa
Cara Penyediaan :
- Bersihkan bendi dan potong serong.
- Panaskan minyak masak dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi bersama udang kering sehingga naik bau.
- Seterusnya masukkan sayur bendi bersama sedikit air. Kacau hingga rata dan tutup kuali seketika.
- Apabila bendi telah lembut, matikan api dan perasakan dengan sedikit garam.
- Sedia untuk dihidangkan.
Leave a Reply