Resepi Daging Bakar Harimau Menangis

Haaaa, haritu pernah tular sekejap kan daging harimau menangis ni. Dengar pun bol;eh buat air liur terkecur kecur, bayangkan memasak dan menikmatinya. Ni antara resepi yang paling digemari saya. Resepi nya seperti berikut

Bahan-bahan:

  • 2 kg  daging (dipotong kecil atau mengikut kesukaan)
  • 5 sudu besar sos cili
  • 5 sudu besar sos tiram
  • 6 sudu besar sos lada hitam
  • 6 sudu besar sos ikan/ kicap biasa
  • 1½ sudu besar lada hitam (ditumbuk)
  • 2 sudu gula
  • 1 sudu kecil garam
  • ½ cawan minyak masak

Air asam jawa:

  • Segenggam asam jawa
  • 1 cawan air suam
  • 3 sudu sos ikan
  • 1 biji limau nipis
  • 1 keping gula melaka (ditumbuk halus)
  • 10 biji cili api tumbuk halus  (boleh tambah jika mahu lebih pedas)
  • 8 biji bawang merah kecik (dihiris nipis)
  • Beras disangrai (digoreng tanpa minyak dan tumbuk halus)
  • Daun ketumbar (dipotong halus)
  • Garam

Cara-cara:

  1. Campur kesemua bahan di atas kecuali minyak masak dalam 30 minit.
  2. Kemudian, tuangkan minyak masak dan gaul sebati.
  3. Perap lagi dalam 2 jam dan sedia untuk dibakar.
  4. Untuk air asam, campurkan air suam dan asam jawa.
  5. Campurkan air asam jawa, sos ikan, gula melaka, cili api, bawang merah, beras dan daun ketumbar dalam satu bekas.
  6. Tambah sedikit air jika adunan nampak terlalu pekat.
  7. Perah sedikit limau nipis.
  8. Perasakan dengan sedikit garam.
  9. Sedia untuk dihidang.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*