Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak Temerloh

Sebut Temerloh mesti teringat ikan patin dekat sana. Memang ikan patin Temerloh ni unik sungguh. tak pernah miss makan ikan patin tempoyak ni kalau lalu Temerloh bersama keluarga. Resepi ni saya dapat dari rakan saya sendiri di sana. Memang terbaikk.

Bahan-bahan :

  • Ikan patin segar.
  • Tempoyak ikut suka.
  • Cili padi 15 biji.
  • Kunyit hidup seinchi.
  • Daun Kesum.
  • Bungan Kantan.
  • Air.
  • Timun kuning atau bendi sebagai pelengkap.

Cara Memasak :

  • Cuci bersih ikan kemudian letak dalam periuk.
  • Tumbuk cili dan kunyit.
  • Setelah kedua-dua bahan lumat, bubuh tempoyak. Gaul sebati. Masukkan ke dalam periuk ikan tadi. (Kalau mahu kuah pekat bubuh tempoyak lebih banyak).
  • Masukkan daun kesum dan bunga kantan.
  • Masukkan air. Masak sampai menggelegak.
  • Boleh masukkan timun kuning atau bendi sebagai pelengkap untuk menambah sedap.
  • Masukkan garam dan aji sebagai perasa.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*