Resepi Lontong Goreng

Haaa, haritu kita buat lontong kan, sekarang jom cuba buat lontong goreng pulak. Nak buat masakan ni tidak la sukar sangat berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • Ketupat/Nasi Himpit
  • Cili kering- 1 senduk besar
  • Udang kering- 2 sudu besar
  • Bawang merah kecil- 5 biji
  • Bawang putih- 5 ulas
  • Telur- 2 biji
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa/chicken stock
  • Minyak masak
  • Sayur-sayuran (taugeh/lobak merah/kacang panjang mengikut cita rasa)
  • Ayam/udang/sotong/daging (mengikut citarasa)

Nota:

  • Boleh tambahkan kicap/sos tiram sedikit jika anda suka.
  • Jika tiada udang kering, boleh gunakan ikan bilis.

Cara – cara memasak:

  1. Kisar cili kisar bersama bawang putih, bawang, bawang merah dan udang kering.
  2. Tumis bahan kisar dengan minyak sehingga pecah minyak.
  3. Pecahkan telur dan masukkan ke dalam bahan tumisan.
  4. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.
  5. Masukkan ayam/udang/sotong/daging.
  6. Masukkan sayur-sayuran.
  7. Masukkan ketupat/nasi himpit.
  8. Gaul rata dan sekiranya perlu tambah sedikit air

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*