Resepi Nasi Ayam Bersama Ayam Panggang

Ni antara feveret resepi untuk buat nasi ayam. Nanti saya kongsi lagi cara2 lain untuk masak nasi ayam.

Bahan-bahan stok ayam & ayam panggang

  • 2 inci halia
  • 6 ulas bawang putih
  • 5 batang daun bawang (bahagian putih)
  • 1/2 kiub pati ayam
  • 1/2 ekor ayam
  • Sedikit kicap pekat & kicap cair

 

Cara buat stok ayam & ayam panggang

  1. Masukkan halia, bawang putih, daun bawang dan kiub pati ayam ke dalam periuk yang mengandungi ayam & air yang melitupi seluruh ayam.
  2. Didihkan sehingga ayam lembut dalam 30-40 minit.
  3. Keluarkan ayam dari sup dan masukkan segerake dalam air sejuk selama 1-2 minit untuk menghentikan proses ayam masak.
  4. Keluarkan ayam dari air sejuk dan lumurkan dengan sedikit sahaja kicap pekat dan kicap cair. Perap selama 15 minit.
  5. Selepas ayam diperap, masukkan ke dalam air fryer dan goreng suhu 160 selama 10-15 minit. Boleh juga dimasukkan ke dalam oven.

 

Bahan-bahan nasi ayam

  • Lemak ayam yang berlebihan
  • Sebiji bawang holland (dihiris)
  • 7 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 inci halia (dihiris)
  • Beras
  • Minyak bijan
  • Garam

 

Cara buat nasi ayam

  1. Goreng lemak ayam sehingga keluar minyak yang banyak.
  2. Tumis bawang putih, bawang holland dan halia ke dalam minyak ayam.
  3. Setelah garing, masukkan hasil tumisan ke dalam beras yang telah dicuci bersih.
  4. Masukkan stok ayam mengikut sukatan beras. 1 cawan nasi, 1 cawan stok ayam (untuk Pressure Cooker)
  5. Perasakan dengan garam secukup rasa. Titiskan sedikit minyak bijan.
  6. Masak nasi seperti biasa.

 

Bahan-bahan sos

  • 8 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • Sebatang serai
  • 8 biji lada merah
  • Akar daun ketumbar
  • Gula merah
  • Garam
  • 1/2 cawan stok ayam

 

Cara buat sos

Kisar semua bahan, dan siap.

 

Bahan-bahan kicap

  • 1/2 sudu kicap pekat
  • 1 sudu kicap cair
  • 1/2 minyak bijan
  • 2 sudu stok ayam

 

Cara buat kicap

Campurkan semua bahan, dan siap.

 

Bahan-bahan sup

  • Fishball
  • Bawang goreng
  • Daun bawang

 

Cara buat sup

Gunakan stok ayam yang telah disediakan. Hanya tambah fishball, bawang goreng dan daun bawang.
Sumber: Noraini Noor Mohamed dari Masak Apa Hari Ni

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*