Resepi Nasi Kerabu

Sekarang kita cuba sarapan pagi pantai timur pula. iaitu Nasi Kerabu! kalau makan nawsi kerabu ni memang mengenyangkan sampai ke petang sebab dia selalunya dihidang dengan ulam ulam atau kerabu bersama sambal kelapa dan juga bahan2 lain

 

Bahan-bahan

Nasi Biru

  • 1 cawan nasi
  • 8 bunga telang (atau pewarna biru 2-3 titis)
  • Garam dan gula secukup rasa.

Sambal Ikan

  • Seekor ikan pelaling, rebus dan keluarkan isinya
  • Kelapa parut sebelah
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil gula
  • 4 bawang merah
  • 1 cm halia, dikupas
  • 1/4 sudu kecil serbuk lada putih

Sambal cili

  • 3 biji cili kering, direndam dengan air panas untuk melembutkan
  • 4 bawang merah, dikupas
  • 300 ml santan
  • 1 keping asam keping
  • 1 batang serai
  • 1/2 sudu kecil gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil sos ikan bilis

Cara memasak nasi biru

  • Cuci beras dan rendam bersama bunga telang atau pewarna biru.
  • Tambahkan garam dan gula sedikit, masak seperti biasa.

Cara memasak sambal ikan

  • Goreng kering kelapa parut di dalam kuali hingga kekuningan.
  • Tumbuk halia dan bawang merah, masukkan kelapa parut dan bahan-bahan lainnya, tumbuk hingga gaul dengan baik. Siap ketepikan.

Cara memasak sambal cili

  • Kisar cili bersama bawang hingga halus.
  • Kemudian masak ia bersama santan, asam keping dan serai.
  • Masak dengan cara reneh hingga naik minyak,tambahkan gula garam dan sos ikan.
  • Siap, ketepikan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*