Resepi Nasi Lemak Pandan Ayam Merah

Jom kita cuba buat Nasi Lemak Pandan ni. Tgk warna nasi dgn ayam yg contrast pun dah rasa menyelerakan apatah bila dah makan.

Bahan-bahan nasi lemak

  • 8 pot beras Basmathi
  • 9 1/2 pot air + pati santan / santan kotak
  • 3 inci halia
  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 batang serai (diketuk, ambil bahagian putih sahaja)
  • Garam
  • Gula
  • 5 sudu minyak
  • Daun pandan
  • 1 st halba
  • Pewarna hijau

Cara buat nasi lemak

  • Masak nasi seperti biasa menggunakan pressure cooker.
  • Jika guna rice cooker biasa, nasi akan jadi lembik.

Bahan-bahan ayam masak merah

  • 1 ekor ayam
  • Segenggam cili kering kerinting + 10-15 biji cili kering gemuk pendek*
  • 2 labu bawang besar*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 1/2 cm halia*
  • Gula melaka / nisan
  • Asam keping
  • Gula putih
  • 1 sudu sos tomato
  • 1 sudu sos cili
  • Bawang besar

Cara buat ayam masak merah

  1. Lumur kunyit dan garam pada ayam, goreng separuh masak.
  2. Kisar bahan bertanda *.
  3. Tumiskan bahan kisar sekali dengan daun pandan yang telah disimpul.
  4. Tumis sehingga pecah minyak. Bila kering, masukkan air sehingga pecah minyak lagi. Ulang sehingga 5 kali untuk mendapatkan sambal yang sangat sedap.
  5. Masukkan gula melaka, asam keping, gula putih dan ayam.
  6. Masukkan sos tomato dan sos cili, gaul sebati dan perasakan.
  7. Biarkan masak dan masukkan bawang besar yang telah dipotong bulat.

Sumber: Puan Eha dari Masak Apa Hari Ni

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*