Resepi Nasi Tomato Kukus

Resepi nasi tomato adalah antara masakan popular semasa bulan Ramadan. Kalau rindukan rasa makanan ini, saya nak kongikan resepi nasi tomato untuk anda.

Bahan-bahan nasi tomato

  • 3 cawan beras biasa (basuh dan tos) @ basmathi (rendam 30 minit, basuh dan tos)
  • 1 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 2 sudu makan minyak sapi @ marjerin
  • 4 sekawan
  • 1/2 tin puri tomato
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 tin susu cair
  • Garam

 

Cara buat nasi tomato kukus

  1. Sediakan pengukus dan beras.
  2. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia.
  3. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk dan 4 sekawan sehingga naik bau.
  4. Masukkan bahan-bahan lain kecuali beras, dan tunggu sehingga mendidih.
  5. Masukkan beras ke dalam pengukus dan gaul. Kukus selama 15 minit.
  6. Buka penutup dan gemburkan nasi, sambung kukus sehingga nasi masak.

Sumber: Zadariah Zakaria dari Masak Apa Hari Ni

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*