Resepi Soto Ayam Sambal Kicap

Soto ni masakan berkuah yang sangat sedap dan asal dari masakan orang Jawa, Nak lagi sedap, haa makan la bersama nasi impit ataupun bihun dan juga sambal kicap. Baru la rasa mmg terbaikkk. Berikut adalah  bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

Soto Ayam:

  • Minyak
  • 3 sekawan
  • Sebatang serai
  • 1/2 biji bawang besar kuning
  • 1 biji bawang merah (dikisar)
  • 1 ulas bawang putih (dikisar)
  • 3 sudu rempah sup Babas
  • Air
  • Ayam
  • 1 kiub ayam Knorr
  • Garam
  • Meatball

Sambal Kicap:

  • 2 1/2 genggam cili padi hijau dan merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Kicap lemak Jalen
  • Asam limau kasturi
  • Secubit gula dan perasa

Cara – cara memasak:

Soto ayam:

  1. Panaskan sedikit minyak, masukkan 3 sekawan, sebatang serai yang diketuk dan 1/2 biji bawang besar kuning.
  2. Masukkan bahan yang telah dikisar dan masukkan 3 sudu rempah sup Babas.
  3. Tumis sehingga garing dan masukkan secawan air terlebih dahulu. Kacau bahan tumis dan air menjadi sebati.
  4. Masukkan beberapa ketul ayam. Campurkan bahagian ayam yang bertulang dan isi dada.
  5. Biarkan seketikan dan tambahkan air sebanyak 1 jag besar.
  6. Masukkan 1 kiub ayam Knorr dan garam secukup rasa apabila kuah sup mula mendidih.
  7. Gunakan api perlahan sahaja dan masukkan bebola daging.
  8. Tutupkan api selepas kuah mendidih.
  9. Kuah soto sudahpun siap!

Sambal kicap:

  1. Gorengkan 2 genggam cili padi hijau dan merah serta 3 ulas bawang putih.
  2. Setelah goreng, tambah lagi 1/2 genggam cili padi.
  3. Masukkan kicap Jalen sehingga paras cili.
  4. Perahkan sebiji asam limau kasturi tanpa biji.
  5. Kisar sehingga lumat. Siap!

Soto ayam dan sambal kicap:

Taburkan bahan hiasan seperti:

  • Isi ayam yang sudah dicarik
  • Daun sup
  • Taugeh
  • Kacang tanah goreng
  • Bawang goreng
  • Bebola daging
  • Asam limau kasturi
  • Bergedil
  • Suhun goreng

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*